NAWAITU...

I love reading. I love writing. I love to 'day dream'... hehehe I love tiny and small things.. there are so cute, so 'comel'. I love travel as I love scenery.

I love myself. I love my family. Syukur Alhamdulillah, diatas kurniaanNYA. Suami yang baik, penyayang, anak-anak yang comel, handsome dan pengasih..

But the most I love.. is ALLAH..

Terima kasih kepada pelayar-pelayar web kerana sudi singgah dan membaca coretan-coretan yang tersurat di laman ini.
Teruskan ziarah anda dan sudi-sudi menjengah lagi...

Thursday, November 01, 2012

Jom ke Pangkor Island!

Selamat datang ke Pulau Pangkor.  Setelah lima belas (15) tahun berlalu, barulah kali ini akak menjejakkan kami ke Pulau Pangkor semula..  Macam lepas habis sumpahan lah pulak yer..  Padahal Pangkor dengan tempat akak ni, tak lah jauh sangat, perjalanan yang memakan masa kurang dari tiga jam (sebab kita orang sesat barat ari tu, GPS ntah mana-mana dibawa.. ishk ishk ishk..).  Naik feri dengan tambang RM10 seorang - dua hala- murahkan?..

Bandar yang sungguh comel.... pink nyer dier!! Bukan sahaja van a.k.a teksi yang berwarna pink, tapi bangunannyer pun pink!!  Terasalah macam girlish nyer... hehehehe.

Pintu gerbang mengalu-alukan kehadiran anda ke masjid Teluk Raja Bayang yang terletak tidak jauh dari jeti utama dan berdekatan dengan pasar awam.

Beduk yang dah lama pupus.. tapi di sini, beduk masih digunakan..  Vintage kan...

 Ini pula, ialah naskah Al Quran yang bertulis tangan dan dipercayai telah berusia lebih dari seratus tahun.. tapi sayang sekali, naskah antik ini tidak disimpan dan dijaga dengan cermat.  Lihat saja cermin peragaannya penuh dengan habuk dan jelas sekali tidak di jaga.

Di masjid inilah barang-barang antik yang sangat berharga diletakkan..  Dibelakang papan tanda ini terletak  tanah perkuburan yang padat.

Jeti yang setia menanti...

Mmg seronok sangat dapat bercuti di sini.  Nak snorkeling pun boleh juga.  Sewa aje bot siap lengkap package dgn pemandu arah dan kita pun bole bersantai ke pulau pulau kecil yg banyak terdpat disekitar.  

Thursday, July 19, 2012

Susah Vs Mudah

Menjadi seorang ibu bukan satu kerja mudah...  dan bukan juga terlalu berat untuk digalas.  Habis tu  apa perkataan yang sesuai untuk diguna pakai?

Bebasnya Merpati di Tanah Suci Mekah

Cantikkan gambar nie?..  Pas tu, akak letak gambar nie jadi wallpaper pc kat opis, kawan2 yang lalu lalang mesti berenti tengok..  Wah, cantiknya gambar nie.  Orang yang amik gambar nie mesti professional..  hehehehe... professionallah sangat!  akak nie hah yang tangkap.  Ngape? tak caye?  iya, akak cuma gunakan camera phone HTC One akak tu aje.  Gambar nie akak tangkap masa kunjungan akak ke tanah suci Mekah pertengahan May yang lalu.  Syukur Alhamdulillah, dengan izinNYA sekali lagi akak dapat menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.  Kali ini pemergian akak ditemani oleh encik suami, anak, serta adik beradik akak yang lain.

Gambar ini di rakamkan semasa kita orang nak gi solat asar di masjid Nabawi di Madinah.  Nampak tak kat belakang tu masjid Nabawi atau Masjid Nabi? 


Gambar ini pulak dirakamkan semasa kunjungan atau ziarah ke Masjid Qiblatain.



Suasana jemaah yang baru keluar dari Masjid Nabi selepas solat Isyak.  Meriah suasana dalam bersesak dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia.



Suasana gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dapat dilihat semasa ziarah ke Jabal Uhud.


Nampak tak bukit yang kat belakang tu?  (jangan fokus sangat kat buah kurma tu yer!) kat situlah tentera Islam ditempatkan untuk mempertahankan diri dari musuh semasa perang Uhud.

Yang ini pulak, suasana di dalam kedai di ladang kurma.  Macam-macam jenis kurma boleh didapati di sini, nak yang murah atau yang mahal, pilihan di tangan kita.


Wednesday, March 21, 2012

Its been ages i didnt post any entry.. Where am i?.. Still breathing, still alive. Thank you Allah. So many things happened. I am not going anywhere, stuck over here doing so many things that sometimes very uncertain... Walaweh.. Cakap ape merapu meraban nie.. Ok lets the ball rolling now!...

Friday, June 17, 2011

Kejamnya perang...

lagak seorang tentera Amerika dibumi Vietnam...

The Motor Bike City - Ho Chin Minh City

Hampir tiga perempat jalanraya di bandar Ho Chin  Minh dikuasai dan dipenuhi dengan penunggang-penunggang motosikal.  Motosikal merupakan satu keperluan yang amat penting didalam kehidupan masyarakat Vietnam.  Sekiranya seorang lelaki yang belum berkahwin, dia seharusnya mesti mempunyai sebuah motosikal untuk memudahkan beliau untuk memikat anak-anak gadis..  Bak kata pepatah orang Vietnam "No Bike, No Love..!".  Memang sungguh menggagumkan pemandangan yang amat luarbiasa bagi kita di sini.  Sungguhpun jalanraya sesak dengan motor dan juga kereta, namun keadaan lalulintasnya amat terkawal dan kita yang terperangkap didalam kesesakannya tak perlu risau, kerana kita akan sampai tepat pada waktunya ke destinasi yang dituju.  Hebat bukan...
Senjakala di lebuh raya..  Indah sungguh pemandangan di sini.  Penuh panorama yang menyimpan seribu cerita...