Selamat datang ke Pulau Pangkor. Setelah lima belas (15) tahun berlalu, barulah kali ini akak menjejakkan kami ke Pulau Pangkor semula.. Macam lepas habis sumpahan lah pulak yer.. Padahal Pangkor dengan tempat akak ni, tak lah jauh sangat, perjalanan yang memakan masa kurang dari tiga jam (sebab kita orang sesat barat ari tu, GPS ntah mana-mana dibawa.. ishk ishk ishk..). Naik feri dengan tambang RM10 seorang - dua hala- murahkan?..
Bandar yang sungguh comel.... pink nyer dier!! Bukan sahaja van a.k.a teksi yang berwarna pink, tapi bangunannyer pun pink!! Terasalah macam girlish nyer... hehehehe.
Pintu gerbang mengalu-alukan kehadiran anda ke masjid Teluk Raja Bayang yang terletak tidak jauh dari jeti utama dan berdekatan dengan pasar awam.
Ini pula, ialah naskah Al Quran yang bertulis tangan dan dipercayai telah berusia lebih dari seratus tahun.. tapi sayang sekali, naskah antik ini tidak disimpan dan dijaga dengan cermat. Lihat saja cermin peragaannya penuh dengan habuk dan jelas sekali tidak di jaga.
Di masjid inilah barang-barang antik yang sangat berharga diletakkan.. Dibelakang papan tanda ini terletak tanah perkuburan yang padat.Mmg seronok sangat dapat bercuti di sini. Nak snorkeling pun boleh juga. Sewa aje bot siap lengkap package dgn pemandu arah dan kita pun bole bersantai ke pulau pulau kecil yg banyak terdpat disekitar.

